sampaiku menutup mata

Wednesday, January 19, 2011

wahai para isteri ..... tahukah anda??

Dok klebek2 majalah Pengantin member terbaca plak info ni... sangat menarik tau untuk kita sebagai isteri atau pun yang akan bergelar isteri... Baca..jangan xbaca...!
  • Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang istri yg tidak tidur lena kerana menjaga anak @ suami yg sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Istri yg melihat suaminya dgn penuh kasih sayang, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Istri yg memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh akan mendapat tujuh ketul perak.
  • Bagi isteri yg berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
  • Kemudian bagi istri yg menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dgn cepat dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkan masuk ke syurga dengan pintu mana yg disukai.
  • istri yg taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya akan menjadi ketua bidadari.
Haaa.. tudia... selama ni xbrapa tau pun... rupanya bnyk sangat lah pahalanya... k para2 istri "Renung2kan dan slamat beramal ye kawan2...."

// Pas ni kalu babah xsakit kepala pun mama nak picit gak la... nanti bleh dapat ketoi mas!
   Insyaalah... hanya ALLAH yg dapat nilai kebaikan kita tuh... hehehe

0 comments:

© 2011 Cintaku, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena